Visi Sekolah
Pendidikan Berkualiti Insan terdidik Negara Sejahtera
Misi Sekolah
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Objektif Sekolah
Meningkatkan kualiti pengurusan pendidikan sekolah dan mendidik pelajar-pelajar supaya menjadi warganegara beriman, berilmu, beramal , berakhlak mulia dan berkebolehan untuk mencapai kejayaan dan taraf hidup yang lebih baik pada masa depan.
Piagam Pelanggan
SMK UMAS-UMAS TAWAU
Kami kakitangan SMK Umas-Umas, Tawau berjanji dan berazam untuk melaksanakan tanggungjawab kami terhadap:
PELAJAR
- Berusaha memberi ilmu dengan kaedah yang paling sesuai untuk melahirkan pelajar yang cemerlang sesuai dengan aspirasi Wawasan Pendidikan Negara.
- Brusaha untuk membantu mengembangkan potensi diri pelajar dari segi Kurikulum dan kokurikulum
- Mengamalkan prinsip keadilan kepada semua pelajar tampa mengira suku kaum, agama kebolehan dan status ekonomi
- Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan pelajar yang berketerampilan
- Berusaha mengharumkan nama SMK Umas-Umas
- Berusaha bagi mewujudkan suasana sekolah penyanyang dan persekitaran yang merangsangkan pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum
IBU BAPA DAN MASYARAKAT
- Bekerjasama dengan ibu bapa bagi menangani masalah sosial pelajar yang adil
- Sentiasa mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bagi memperkembangkan potensi pelajar dari segi Kurikulum dan Kokurikulum
- Mangadakan hubungan silaturahim dengan ibu bapa melalui aktiviti-aktiviti tertentu dan
- Mengadakan aktiviti-aktiviti serta berusaha melibatkan diri dalam kegiatan sosial yang memberikan manfaat kepada masyarakat
Lencana Sekolah :
Pengertian Lencana Sekolah :
Warna Emas : (Bulan) ertinya nilai ilmu yang dituntut
Warna Merah : (Bintang) ertinya hasrat inginkan kecemerlangan
dalam semua bidang yang diceburi
Warna Hijau : (Tempat asas lencana) bererti lokasi sekolah ini berada
di tengah-tengah felda
Warna Biru : (Lautan yang harmoni) lambang ilmu yang luas dan
mendalam yang tidak ada akhirnya.
Warna Kuning : Ertinya lambang kesucian dan luasnya alam yang harus
diterokai segala kerahsiaannya (ilmu).